Ini adalah merupakan posting saya yang pertama berkaitan kebun kelapa sawit. Saya cuba menceburi aktiviti yang sangat berbeza dengan latar belakang kehidupan, pendidikan, dan bidang kerjaya saya....... :-)
Saya tidak dibesarkan dalam persekitaran kebun kelapa sawit, jadi banyak yang perlu dipelajari. Oleh kerana guru yang baik adalah pengalaman, jadi saya telah membeli kebun sawit seluas 2 ekar dalam daerah Muar, Johor. Pada hari ini, proses tukar nama geran tanah telah dibuat di Pej Daerah Muar, dan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Sewaktu memilih tanah, saya pilih:
- Harga yang mampu di bayar: saya buat pinjaman peribadi kerana proses pinjaman hartani-i agrobank mengambil masa yang lama (2bln utk kelulusan, dan 3bln lagi utk dapat duit).
- Kebun telah ada pokok sawit yang sedia untuk dipetik hasilnya. Ini akan membantu cash-flow sbb ada buat pinjaman utk beli tanah sawit.
- Tanah berdekatan dengan rumah ibu mertua. Kalau balik kampung, boleh jenguk2 kebun sawit.
Kebun yang saya beli telah terbiar selama 2 tahun. Utk langkah seterusnya, saya perlu mengupah seseorang bagi membantu saya untuk membuat penjagaan sawit.
Peristiwa Bergambar Yg Berkaitan
Lawatan pertama ke kebun sawit pd 16 Ogos 2014
Lawatan pertama ke kebun sawit pd 16 Ogos 2014
Lawatan kedua bersama keluarga pd 24 Ogos 2014
Lawatan kedua bersama keluarga 24 Ogos 2014
Makan tghari bersama En Asror seusai urusan tukar nama di Pej Daerah Muar pd 9 Oktober 2014
Melawat Pusat Timbang Sawit yg berdekatan
Testing
ReplyDeleteTuan, boleh update perkembangan ladang? Nak belajar dr pengalaman tuan
ReplyDeletePokok kelapa sawit kurang berbuah / tidak mengeluarkan buah?
ReplyDeleteBuah kelapa sawit terlalu kecil?
Hasil tuaian makin kurang?
Daun pokok berwarna kuning?
Pokok tidak sihat?
Jom cuba Baja Gosawit
Boleh menyelesaikan semua masalah di atas.
Boleh menambahkan hasil pengeluaran sehingga lebih 1 tan bagi setiap ekar.
Berpuluh-puluh testimoni daripada customer yang telah berjaya mendapatkan hasil dari Baja Gosawit.
Jangan tunggu lagi, jangan biarkan hasil kelapa sawit anda tidak memuaskan.
Anda mampu mengubahnya!!!
Whatsapp Lina di 019-7827697 atau klik link ini http://gosawit.wasap.my
Respect and I have a keen offer: How Much Do House Repairs Cost cost to gut and renovate a house
ReplyDelete