Sunday, October 26, 2014

Perjumpaan pertama dengan pengusaha sawit

Semalam, saya telah berjumpa dengan orang yang bakal membantu saya membaik pulih kebun sawit yang baru saya beli, namanya En Abdul Rasid (kawan sekolah isteri saya). Banyak juga kerja yang perlu dibuat, misalnya menggunakan JCB utk menghapuskan semak samun (istilah yg dia guna ialah 'mancah'), memotong pelepah-pelepah sawit ('browning'), meracun, dan membaja.

Kos yg dianggarkan utk memancah ialah RM1,200 - RM1,400 utk satu ekar. Manakala, kos browning ialah RM5 utk setiap pokok. Abdul Rasid mencadangkan agar sawit yg tidak berupaya mendatangkan hasil diracun, dan tanaman sulaman akan dibuat. Gelung konkrit juga mesti ditambah bagi membolehkan JCB keluar masuk ke kebun tersebut. Kos utk kerja-kerja seterusnya tidak dibincang, dan ditangguh sehingga kerja-kerja baik pulih selesai. Beliau menganggarkan, hasil yg optimum mungkin akan diperolehi dalam masa dua tahun (ish, mana nak cari modal baik pulih kebun, mana pula duit nak bayar pinjaman bulanan beli tanah kebun ni....)

Abdul Rasid telah mempelawa saya sekeluarga melawat kebun beliau, dan menjemput kami ke rumah beliau. Beliau menunjukkan kebun sawit di belakang rumah beliau. Sangat banyak ilmu kebun sawit yang saya belajar daripada beliau walaupun dalam pertemuan yang singkat.


Keadaan sawit di tanah gambut


Keadaan sawit di tanah gambut - agak parah


Saya bersama En Abdul Rasid

Thursday, October 9, 2014

Langkah Pertama - Membeli tanah kebun kelapa sawit

Ini adalah merupakan posting saya yang pertama berkaitan kebun kelapa sawit. Saya cuba menceburi aktiviti yang sangat berbeza dengan latar belakang kehidupan, pendidikan, dan bidang kerjaya saya....... :-)

Saya tidak dibesarkan dalam persekitaran kebun kelapa sawit, jadi banyak yang perlu dipelajari. Oleh kerana guru yang baik adalah pengalaman, jadi saya telah membeli kebun sawit seluas 2 ekar dalam daerah Muar, Johor. Pada hari ini, proses tukar nama geran tanah telah dibuat di Pej Daerah Muar, dan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Sewaktu memilih tanah, saya pilih:
  • Harga yang mampu di bayar: saya buat pinjaman peribadi kerana proses pinjaman hartani-i agrobank mengambil masa yang lama (2bln utk kelulusan, dan 3bln lagi utk dapat duit).
  • Kebun telah ada pokok sawit yang sedia untuk dipetik hasilnya. Ini akan membantu cash-flow sbb ada buat pinjaman utk beli tanah sawit.
  • Tanah berdekatan dengan rumah ibu mertua. Kalau balik kampung, boleh jenguk2 kebun sawit.
Kebun yang saya beli telah terbiar selama 2 tahun. Utk langkah seterusnya, saya perlu mengupah seseorang bagi membantu saya untuk membuat penjagaan sawit.

Peristiwa Bergambar Yg Berkaitan


Lawatan pertama ke kebun sawit pd 16 Ogos 2014


Lawatan pertama ke kebun sawit pd 16 Ogos 2014


Lawatan kedua bersama keluarga pd 24 Ogos 2014


Lawatan kedua bersama keluarga 24 Ogos 2014


Makan tghari bersama En Asror seusai urusan tukar nama di Pej Daerah Muar pd 9 Oktober 2014


Melawat Pusat Timbang Sawit yg berdekatan