Saturday, December 26, 2015

Lawatan penutup tirai 2015

Pada 25 Dis 2015, saya mengambil peluang cuti panjang Maulidur Rasul & Perayaan Krismas untuk melawat kebun. Kali ini, saya pergi bersama dengan biras saya, PM Dr Nor Azman Ismail. Sebenarnya, berlaku perkara yang tidak diingini pada awal September 2015. Kebun kami telah diserang oleh babi hutan. Lebih kurang 30 pokok yang terlibat. Kos baik pulih (corrective) dan pencegahan (preventive) berjumlah RM930.00. Zink digunakan utk mengepung pokok sawit. En Rasid kata, saiz babi ini besar berdasarkan kesan pada tanah. Pada bulan September juga, aktiviti meracun dan membaja dibuat, dengan jumlah kos RM440.00. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t., dan berkat sokongan dari keluarga, berjaya juga kebun terbiar ini diberi nafas baru. Kebun ini juga adalah sebagai ganti kepada sawah peninggalan arwah Wae di Kelantan.


Kelihatan Dr Nor Azman sedang memerhatikan pokok lama dan pokok baru yang membesar.


Alhamdulillah.... pokok2 baru yang terus membesar slps hampir 6 bulan ditanam

Friday, June 5, 2015

Tanam semula

Pada Jun 2015, kami melawat kebun yang baru sahaja ditanam semula. Kami berpuashati dengan kualiti kerja En Rasid. Kos keseluruhan yang terlibat ialah RM14,993.00. Kerja-kerja awal ini termasuk Kalbat Jambatan, Jalan Merah (7 rantai), parit sempadan, kolam, striking kebun, bakar, anak benih, upah tanam, prunning pokok lama, dan baja.


Pandangan belakang kebun yang baru ditanam semula.


Kelihatan pokok yang ditanam semula.


Masih terdapat pokok lama dari tuan kebun yang terdahulu

Monday, March 23, 2015

Kebun siap dibersihkan

Pada hujung Mac 2015, saya mengunjungi kebun yang telah dibersihkan. Saya bawa bersama isteri, anak2 dan sepupu sepapat mereka. Terima kasih kepada isteri yang sentiasa memberikan sokongan moral dalam urusan membeli dan memajukan kebun sawit ini.



Pemandangan belakang kebun - isteri & anak bongsu kami, Hariz Ridhwan

  

Kesan pembakaran kecil untuk pembersihan kebun


Parit sempadan


Sisa2 semak yang telah dibersihkan dan dibakar


Ini adalah gambar lawatan pada bulan Mei. Anak2 & sepupu sepapat mereka yang bantu isteri saya mengutip batu untuk menghiasi taman orkid di JB.

Friday, November 14, 2014

Kali pertama sampai ke belakang kebun

Hari ini adalah merupakan kali pertama saya memasuki kebun sehingga ke bahagian belakang. Sebelum ini, hanya lihat di bahagian hadapan. Kalau masuk pun, tidak melebihi 2 rantai. Anggaran saiz kebun ini ialah 10 rantai.

Saya masuk ke kebun dengan ditemani oleh En Rasid dan Anep (adik ipar). Kami buat temujanji utk berjumpa pada jam 9.30pg, dan masing-masing hadir menepati masa.

Sebelum ini, memang saya tidak sanggup memasuki kebun kerana semak terlalu tebal. Alhamdulillah, En Rasid telah menebas sebahagian dari semak tersebut, dan telah menjalankan kerja2 pruning terhadap sebahagian besar dari pokok2 yang ada. Beliau tidak dapat meneruskan kerja tersebut kerana sempadan tanah tidak dapat dikenalpasti. Saya telah hubungi En Asror utk mohon bantuan mengukur dan menanda sempadan tanah. Upah yang perlu dibayar utk kerja mengukur dan menanda sempadan ialah RM300. Pancang (sbg tanda) akan dibuat pada setiap 1 rantai. Beliau akan melakukan kerja tersebut besok.

Gambar2 lawatan hari ini


Di Bahagian Hadapan - kelihatan kerja pruning yg telah dibuat


Zoom In - Pokok yang telah dibuat pruning, kelihatan buah sawit yg terhasil w/pun terbiar selama 2 tahun


Ini adalah sampel buah dari pokok yang terbiar selama 2 tahun - insya Allah, kualiti akan ditingkatkan selepas diberi penjagaan dan pembajaan yang sesuai


Pemandangan kebun dari arah belakang - pertama kali saya jejakkan kaki di sini... :-)


Pemandangan bukit & hutan di belakang kebun


Anep mengambil peluang untuk menjala ikan


En Rasid & Anep

Sunday, October 26, 2014

Perjumpaan pertama dengan pengusaha sawit

Semalam, saya telah berjumpa dengan orang yang bakal membantu saya membaik pulih kebun sawit yang baru saya beli, namanya En Abdul Rasid (kawan sekolah isteri saya). Banyak juga kerja yang perlu dibuat, misalnya menggunakan JCB utk menghapuskan semak samun (istilah yg dia guna ialah 'mancah'), memotong pelepah-pelepah sawit ('browning'), meracun, dan membaja.

Kos yg dianggarkan utk memancah ialah RM1,200 - RM1,400 utk satu ekar. Manakala, kos browning ialah RM5 utk setiap pokok. Abdul Rasid mencadangkan agar sawit yg tidak berupaya mendatangkan hasil diracun, dan tanaman sulaman akan dibuat. Gelung konkrit juga mesti ditambah bagi membolehkan JCB keluar masuk ke kebun tersebut. Kos utk kerja-kerja seterusnya tidak dibincang, dan ditangguh sehingga kerja-kerja baik pulih selesai. Beliau menganggarkan, hasil yg optimum mungkin akan diperolehi dalam masa dua tahun (ish, mana nak cari modal baik pulih kebun, mana pula duit nak bayar pinjaman bulanan beli tanah kebun ni....)

Abdul Rasid telah mempelawa saya sekeluarga melawat kebun beliau, dan menjemput kami ke rumah beliau. Beliau menunjukkan kebun sawit di belakang rumah beliau. Sangat banyak ilmu kebun sawit yang saya belajar daripada beliau walaupun dalam pertemuan yang singkat.


Keadaan sawit di tanah gambut


Keadaan sawit di tanah gambut - agak parah


Saya bersama En Abdul Rasid

Thursday, October 9, 2014

Langkah Pertama - Membeli tanah kebun kelapa sawit

Ini adalah merupakan posting saya yang pertama berkaitan kebun kelapa sawit. Saya cuba menceburi aktiviti yang sangat berbeza dengan latar belakang kehidupan, pendidikan, dan bidang kerjaya saya....... :-)

Saya tidak dibesarkan dalam persekitaran kebun kelapa sawit, jadi banyak yang perlu dipelajari. Oleh kerana guru yang baik adalah pengalaman, jadi saya telah membeli kebun sawit seluas 2 ekar dalam daerah Muar, Johor. Pada hari ini, proses tukar nama geran tanah telah dibuat di Pej Daerah Muar, dan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Sewaktu memilih tanah, saya pilih:
  • Harga yang mampu di bayar: saya buat pinjaman peribadi kerana proses pinjaman hartani-i agrobank mengambil masa yang lama (2bln utk kelulusan, dan 3bln lagi utk dapat duit).
  • Kebun telah ada pokok sawit yang sedia untuk dipetik hasilnya. Ini akan membantu cash-flow sbb ada buat pinjaman utk beli tanah sawit.
  • Tanah berdekatan dengan rumah ibu mertua. Kalau balik kampung, boleh jenguk2 kebun sawit.
Kebun yang saya beli telah terbiar selama 2 tahun. Utk langkah seterusnya, saya perlu mengupah seseorang bagi membantu saya untuk membuat penjagaan sawit.

Peristiwa Bergambar Yg Berkaitan


Lawatan pertama ke kebun sawit pd 16 Ogos 2014


Lawatan pertama ke kebun sawit pd 16 Ogos 2014


Lawatan kedua bersama keluarga pd 24 Ogos 2014


Lawatan kedua bersama keluarga 24 Ogos 2014


Makan tghari bersama En Asror seusai urusan tukar nama di Pej Daerah Muar pd 9 Oktober 2014


Melawat Pusat Timbang Sawit yg berdekatan