Saturday, December 26, 2015

Lawatan penutup tirai 2015

Pada 25 Dis 2015, saya mengambil peluang cuti panjang Maulidur Rasul & Perayaan Krismas untuk melawat kebun. Kali ini, saya pergi bersama dengan biras saya, PM Dr Nor Azman Ismail. Sebenarnya, berlaku perkara yang tidak diingini pada awal September 2015. Kebun kami telah diserang oleh babi hutan. Lebih kurang 30 pokok yang terlibat. Kos baik pulih (corrective) dan pencegahan (preventive) berjumlah RM930.00. Zink digunakan utk mengepung pokok sawit. En Rasid kata, saiz babi ini besar berdasarkan kesan pada tanah. Pada bulan September juga, aktiviti meracun dan membaja dibuat, dengan jumlah kos RM440.00. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t., dan berkat sokongan dari keluarga, berjaya juga kebun terbiar ini diberi nafas baru. Kebun ini juga adalah sebagai ganti kepada sawah peninggalan arwah Wae di Kelantan.


Kelihatan Dr Nor Azman sedang memerhatikan pokok lama dan pokok baru yang membesar.


Alhamdulillah.... pokok2 baru yang terus membesar slps hampir 6 bulan ditanam

Friday, June 5, 2015

Tanam semula

Pada Jun 2015, kami melawat kebun yang baru sahaja ditanam semula. Kami berpuashati dengan kualiti kerja En Rasid. Kos keseluruhan yang terlibat ialah RM14,993.00. Kerja-kerja awal ini termasuk Kalbat Jambatan, Jalan Merah (7 rantai), parit sempadan, kolam, striking kebun, bakar, anak benih, upah tanam, prunning pokok lama, dan baja.


Pandangan belakang kebun yang baru ditanam semula.


Kelihatan pokok yang ditanam semula.


Masih terdapat pokok lama dari tuan kebun yang terdahulu

Monday, March 23, 2015

Kebun siap dibersihkan

Pada hujung Mac 2015, saya mengunjungi kebun yang telah dibersihkan. Saya bawa bersama isteri, anak2 dan sepupu sepapat mereka. Terima kasih kepada isteri yang sentiasa memberikan sokongan moral dalam urusan membeli dan memajukan kebun sawit ini.



Pemandangan belakang kebun - isteri & anak bongsu kami, Hariz Ridhwan

  

Kesan pembakaran kecil untuk pembersihan kebun


Parit sempadan


Sisa2 semak yang telah dibersihkan dan dibakar


Ini adalah gambar lawatan pada bulan Mei. Anak2 & sepupu sepapat mereka yang bantu isteri saya mengutip batu untuk menghiasi taman orkid di JB.